Rabu, 22 Jun 2011

RPH IBADAH SEMBELIHAN

RANCANGAN
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN ISLAM
TINGKATAN 4

Mata Pelajaran             : Ulum Syariah- Ibadah
Tingkatan                     : 4 Arif
Tarikh                          : 15 Jun 2011
Hari                             :  Rabu
Masa                            : 8.50-10.10 pagi
Bilangan Murid                        : 30 orang
Tajuk                           :  Korban
Pengetahuan Sedia Ada           :  Murid mempunyai pengalaman daripada keluarga atau sanak saudara yang   
                                           mengerjakan ibadat  korban.

Murid pernah menyaksikan penyembelihan korban semasa Hari Raya     Aidiladha.

Hasil Pembelajaran      : Di akhir pembelajaran diharap murid dapat :-
                        Aras 1  :  Menyatakan pengertian korban, hukum dan dalil
Aras 2  :  Menjelaskan  jenis dan umur binatang yang sah dijadikan korban, waktu korban, pembahagian  daging korban dan syarat sah dan sunat korban.
                        Aras 3  :  Menghuraikan hikmah korban
Kemahiran Berfikir      :  Mengkategori, Sumbang saran
Gabung Jalin                :  Pendidikan Moral, Sains
Penerapan Nilai             : Tolong-menolong, hindari sifat kedekut, bakhil dan tamak, sanggup     berkorban, jujur, ikhlas dan  menepati masa.
Penyerapan                  : Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Seni, Matematik, Ekonomi Rumahtangga
Bahan Bantu Mengajar            :  Bahan ICT (video), Gambar-gambar sembelihan korban, Carta, Kaset, Kertas Mahjung,Borang KBKK, Kerja Lanjutan.
LANGKAH /
MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
SUMBER / CATATAN
Permulaan
(3 minit)
-Bacaan doa belajar
اللهم افتح علينا حكمتك وانشر علينا من خزائن رحمتك يا أرحم الراحمين
1.Murid membaca doa belajar secara kelas.

2. Guru meminta murid bersedia untuk menghadapi pelajaran pada hari ini
Pengelolaan
-Kelas
Set Induksi
(5 minit)
Gambar

-          Sembelihan korban


1.      Guru menayangkan tentang suasana majlis sembelihan korban.

2.      Guru bertanya beberapa soalan berkaitan gambar

3.      Guru berbincang dengan murid mengenai isi cerita yang terdapat dalam VCD dan mengaitkan dengan tajuk
Sumber
VCD

Pengelolaan
Kelas

Kaedah
Soal Jawab
Langkah 1
(6 minit)
Pengertian

Korban ialah menyembelih binatang ternakan (al-an’am) untuk beribadat kepada Allah pada Hari Raya Aidiladha dan hari-hari Tasyrik.
1.      Guru memaparkan pengertian korban di skrin.

2.      Guru memberi penerangan pengertian korban.


3.      Murid diminta menyatakan pengertian korban secara individu.
Sumber
Cakera Padat Powerpoint.

Pengelolaan
-Kelas
-Individu

Kaedah
Tayangan Video

Nilai
-Sanggup Berkorban,
-Tidak kedekut, bakhil.
Langkah 2
(8  minit)
Hukum Korban

-Sunat Muakkad bagi orang Islam yang mampu.
-Wajib bagi yang bernazar

Dalil Korban

Èe@|Ásù y7În/tÏ9 öptùU$#ur ÇËÈ  
Maksudnya:Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).



1.Guru menyoal murid tentang hukum korban

2.Berdasarkan jawapan murid, guru memberi penerangan hukum korban seperti yang dipaparkan pada skrin.

3.Guru memaparkan dalil korban  di skrin.

4.   Murid diminta membaca dalil korban –ayat 2 Surah al-Kauthar dan maksudnya.

5.   Guru meneliti dan membetulkan bacaan murid.

6. Guru menjelaskan maksud ayat 2 Surah al-Kauthar.
Sumber
-Cakera Padat
   Powerpoint

Pengelolaan
- Individu

Kaedah
- Soal jawab
-Talaqi musafahah

Nilai
- Tekun
Langkah 3
(10 minit)
Jenis-jenis binatang korban
-Binatang halal dimakan yang jinak yang mempunyai 4 kaki seperti lembu,kerbau, kambing,biri-biri, dan unta.

Umur binatang yang boleh dijadikan korban
-Kambing,lembu,biri-biri : 2 tahun
-Unta : 5 tahun
1.      Guru memperlihatkan gambar binatang ternakan kepada pelajar di skrin.

2.      Guru menerangkan jenis-jenis binatang yang boleh dijadikan korban dan syarat umur binatang tersebut.

3.      Murid diminta menyebut jenis binatang dan umurnya satu persatu.

4.      Guru bersoal jawab dengan murid tentang jenis dan umur binatang yang boleh dijadikan korban.
Sumber
-Cakera Padat
 Powerpoint

Pengelolaan
- Kelas

Kaedah
- Penerangan
- Soal jawab

Nilai
- Tertib
Langkah 4
(8 minit)
Waktu Korban

Mula: Selepas naik matahari 10 Zulhijjah sekira-kira kadar cukup untuk solat sunat Aidiladha atau dua khutbah ringkas.

Berakhir:selepas terbenam matahari 13 Zulhijjah.
1.      Guru memaparkan waktu mula dan akhir melakukan ibadah korban di skrin.

2.      Guru bersoal jawab mengenai masa mula dan akhir korban
Sumber
-Cakera Padat
 Powerpoint

Pengelolaan
- Kelas

Kaedah
- Penerangan
- Soal jawab

Nilai
- Tepati masa
Langkah 5
(10 minit)
Syarat sah korban

- Binatang yang sudah cukup umur
- Disembelih dalam waktu korban
- Disembelih oleh orang Islam
- Binatang yang halal dimakan.
- diniatkan korban ketikan menyembelih.
- binatang yang sihat dan tidak cacat.
1. Guru memaparkan syarat-syarat sah korban  di skrin.

2.      Murid diminta melakukan
    aktiviti sumbang saran tentang  
    syarat sah korban..

3.   Guru memberi panduan cara
     untuk melakukan aktiviti
     sumbang saran tersebut.

4.   Guru bersoal jawab dengan
     murid tentang aktiviti yang
     mereka lakukan tadi.

5.   Guru memberi peneguhan
    kepada murid yang berani
    menyatakan syarat sah korban.
Sumber
-Cakera Padat
   Powerpoint
-Borang KBKK

Pengelolaan
- Individu
- Kelas

Kaedah
-Sumbang saran

Nilai
- Bekerjasama
- Berani
Langkah 6
(6 minit)
Pembahagian daging korban
 -1/3 disedekahkan kepada fakir miskin
-1/3 dibuat jamuan untuk orang ramai
-1/3diambil atau dimakan oleh orang yang berkorban
1. Murid melihat carta pembahagian daging korban yang disediakan oleh guru.

2. Guru bersoal jawab dengan murid cara pembahagian daging korban
Sumber
Carta

Pengelolaan
Kelas

Kaedah
-Soal jawab
-Penerangan

Nilai
Jujur dan ikhlas
Langkah 7
(6 minit)
Sunat Korban
- Disembelih sendiri oleh orang lelaki yang berkorban.
- Memilih binatang yang gemuk.
- Bertakbir ketika berkorban

1.      Guru memaparkan sunat di skrin.

2.      Guru memberi penerangan perkara sunat korban.


3.      Murid diminta menyatakan perkara sunat korban secara individu.
Sumber
Cakera Padat Powerpoint.

Pengelolaan
-Kelas
-Individu

Kaedah
Penerangan

Nilai
-Sanggup Berkorban,
Langkah 8
(10 minit)
Hikmah Korban
- Mengingati dan menghayati pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail.
- Memberi peluang kepada fakir miskin bersama-sama menikmati daging korban.
- Menimbulkan rasa kesyukuran kepada Allah.
- Memupuk silaturahim dalam kalangan umat Islam.
- Memupuk sifat ikhlas.
1.     Murid dibahagikan kepada          beberapa kumpulan.
2.      Guru mengedarkan kertas mahjung kepada setiap kumpulan.
3.      Guru menayangkan semula VCD dan meminta pelajar membuat catatan berkaitan hikmah ibadah korban.
4.      Murid membuat pembentangan di hadapan kelas.
5.                    Guru membuat rumusan    berdasarkan pembentangan.
Sumber
-Kertas Mahjung,
-VCD.

Pengelolaan
-Kumpulan
-Kelas

Kaedah
-Perbincangan
-Pemerhatian
-Bengkel

Nilai
-Bekerjasama
-Berani
-Bertanggungjawab.
Penutup
(8 minit)
Rumusan
 -Pengertian
-Jenis dan umur binatang yang sah dijadikan korban,
-Waktu korban,
-Pembahagian  daging korban 
-Syarat sah korban
- Sunat korban
-Hikmah korban

1. Guru meminta murid 
     membuat rumusan tentang tajuk 
     pelajaran hari ini.
  
2. Guru membantu murid 
     membuat rumusan.

3. Guru memberi latihan lanjutan
     kepada murid sebagai kerja
     rumah.  
.

Sumber
-Cakera Padat
   Powerpoint


Pengelolaan
- Individu

Kaedah
- Soal jawab

Nilai
- Berani


Refleksi Kendiri:
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Ulasan (Guru Pembimbing)  :
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Ulasan (Guru Besar) :
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

1 ulasan:

  1. Lucky 15 Casino - Mapyro
    Lucky 15 Casino is a South 경상남도 출장마사지 American gaming company 오산 출장마사지 which is owned by the 문경 출장샵 casino company Paragon Gaming. The casino was founded 나주 출장샵 by Joe Paragon 춘천 출장마사지 Gaming,

    BalasPadam